Assalamualaikum w.b.t
Rasanya sudah lama aku tak buka dan tengok blog aku ini. Terasa sangat janggal dan pelik bila nak masuk kat sini.
Hidup aku kini dah agak berubah sikit yang mana nak update blog pon dah malas. Nak buka pon malas, apatah lagi nak taip-taip untuk post yang ni.
Sebenarnya aku sendiri takdak idea nak taip apa....tapi taip pi la apa yang rasa nak taip.
Tahun 2017 ni, anak-anak semakin membesar. Auni Raudhah pon dah masuk Tahun 1, Adla Rais pula dah masuk 5 tahun. Sekarang ni, belajar kat tadika.
Cepat masa berlalu, umur pon makin bertambah.
Semoga kita semua dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. Ameen.
p/s : sakit kaki tak ok lagi ni. Futsal oh Futsal !
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
mcm2
Showing posts with label auni raudhah. Show all posts
Showing posts with label auni raudhah. Show all posts
Sunday, February 5, 2017
Tuesday, May 27, 2014
Sekian lama
Setelah lama tak menjengah ke ruangan ini, aku mengambil sedikit masa dengan memberi kekuatan kepada diri untuk cuba sedaya upaya mencoretkan sesuatu di sini.
Aku merasakan alam blogging aku ini akan berakhir tak lama lagi. Prestasi amat tidak memuaskan.
23 Mei 2014 merupakan satu tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Ada perkara menggembirakan dan juga menyedihkan bagi aku.
Yang manisnya tarikh ini merupakan tarikh hari ulangtahun perkahwinan aku. Untuk tahun 2014, maka sudah 5 tahun aku mempunyai keluarga sendiri. Aku dapat merasakan pelbagai perasaan seorang yang bergelar suami, ayah dan ketua keluarga. Dengan kehadiran isteri dan anak-anak, hidup aku lengkap dan dipenuhi pelbagai pahit manis. Semoga keluarga yang telah dibina akan kekal selama-lamanya.
Aku sangat sayangkan Rokiah Jamaluddin, Auni Raudhah dan Adlan Rais.
Namun demikian, setiap yang manis pasti akan terpalit pahit. Pada 23 Mei 2014, aku kehilangan seorang wira yang telah berjasa sepanjang usianya, Jamaluddin b. Mutalib yakni ayah mertua aku. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain mendoakan ayah akan sentiasa ditempatkan dalam golongan-golongan terpuji, InsyaAllah. Anakmu akan senantiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah di sana. Aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga yang telah dibina.
Al-Fatihah.
Perjuangan perlu diteruskan.
ameen.
p/s : exam USM Semester 7 sudah selesai. Moga-moga lulus.
Aku merasakan alam blogging aku ini akan berakhir tak lama lagi. Prestasi amat tidak memuaskan.
23 Mei 2014 merupakan satu tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Ada perkara menggembirakan dan juga menyedihkan bagi aku.
Yang manisnya tarikh ini merupakan tarikh hari ulangtahun perkahwinan aku. Untuk tahun 2014, maka sudah 5 tahun aku mempunyai keluarga sendiri. Aku dapat merasakan pelbagai perasaan seorang yang bergelar suami, ayah dan ketua keluarga. Dengan kehadiran isteri dan anak-anak, hidup aku lengkap dan dipenuhi pelbagai pahit manis. Semoga keluarga yang telah dibina akan kekal selama-lamanya.
Aku sangat sayangkan Rokiah Jamaluddin, Auni Raudhah dan Adlan Rais.
Namun demikian, setiap yang manis pasti akan terpalit pahit. Pada 23 Mei 2014, aku kehilangan seorang wira yang telah berjasa sepanjang usianya, Jamaluddin b. Mutalib yakni ayah mertua aku. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain mendoakan ayah akan sentiasa ditempatkan dalam golongan-golongan terpuji, InsyaAllah. Anakmu akan senantiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah di sana. Aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga yang telah dibina.
Al-Fatihah.
Perjuangan perlu diteruskan.
ameen.
p/s : exam USM Semester 7 sudah selesai. Moga-moga lulus.
Friday, March 14, 2014
Wajah Keceriaan Hamba
Hidup aku senantiasa ceria dengan gelak tawa, nangis, lari sana sini, melompat toing toing, jeritan amukan, tunggangan kuda hitam, lontaran tanpa bayang, semakan maksima dan macam-macam lagi.....semuanya diporak-perandakan oleh dua hero-heroin ini....
itu semua tak mengapa, aku tetap suka lagi ceria walaupun tu kadang-kadang agak emo jugak.....hahahahaha....
tapi takpa...aku sukaaaa !!
oh, Auni Raudhah .... oh, Adlan Rais !
ayuh anak-anakku teruskan perjuanganmu,
ayuh banggakan ibubapamu,
ayuh ayuh dan ayuh lagi.
Jadilah anak yang soleh dan solehah, Insyaallah.
p/s : masih lagi taktau apa cerita dengan MH370...teruskan berdoa. Insyaallah, pasti ada jawapannya.
Sunday, November 17, 2013
Selamat Hari Lahir
Auni Raudhah ==> 9 November 2010
Adlan Rais ==> 17 November 2012
Selamat Hari Lahir anak-anakku. Ayah dan ibu sayang kamu !
muuuuaaaaaahhh !!
p/s : USM oh USM
Thursday, August 29, 2013
Gaya Terkini
New look : Amoi Auni....
Setelah sekian lama, rambut auni pon dah panjang....kini, rambut auni kembali pendek !!
sangat kiut miut uutt uutt uutt.....
next, rais plak...tapi rambut rais still pendek lagi.....
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIAAAAAA KALI KE-56 !
MERDEKAAAAAAA !!
p/s : trip to keyyell is coming up....
Setelah sekian lama, rambut auni pon dah panjang....kini, rambut auni kembali pendek !!
sangat kiut miut uutt uutt uutt.....
next, rais plak...tapi rambut rais still pendek lagi.....
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIAAAAAA KALI KE-56 !
MERDEKAAAAAAA !!
p/s : trip to keyyell is coming up....
Wednesday, April 10, 2013
kakak dan adik
"kakak auni" bersama "adik rais"
tiada apa yang paling bahagia melainkan melihat anak-anakku membesar....
p/s : assignment USM satu pon tak sentuh lagi....banyak pulak tu ! jemmmm !!
Friday, January 25, 2013
Kagum
Auni Raudhah seronok dengan jam 'angry birds'.....setiap masa pakai....time tidoq pon pakai....kalau bukak ja, mesti pi cari punya....
satu lagi, bila tanya ja pukul berapa jam tu...jawapan Auni sangat bernas, "sebelas kot !" hahahahaha
Auni oh Auni......
p/s : letih tak habis lagi ni....rasa macam nak tidoq ja....tapi tak tidoq-tidoq pon.....jem !
Friday, January 18, 2013
Indah
Saturday, November 24, 2012
Newborn..
![]() |
| Kaklong Auni Raudhah |
![]() |
| Kasih seorang kakak |
![]() |
| Namaku Adlan Rais |
![]() |
| Hai semua.... |
Tanggal 17 November 2012 bersamaan hari Sabtu...tepat jam 7:02 malam....lahirlah permataku yang kedua ke dunia ini.....Syukur, Alhamdulillah....
Semoga menjadi insan yang soleh wahai Adlan Rais b. Mohd Kamarul Asrof
p/s : lamanya aku tak update blog ni....penyegan betoi la !
Friday, September 21, 2012
Cerita Aku
Assalamualaikum w.b.t
dah lama rasanya aku tak berblogging...hampir 2 ke 3 minggu ....ini kerana laptop aku mengalamai sakit jantung yang kronik. kena masuk ICU....saluran darah tersumbat...so, kena adjust sikit bab tu....syukur, kini kembali stabil...moga-moga kekal stabil lebih lama dan mampu bertahan....aku agak sedih dengan apa yang berlaku kepada laptop aku ni. memandangkan dia dah lama berjasa untuk aku. bila dia sakit, aku kena la rawat dia sebaik mungkin. demi kebahagiaan kami semua. alkisahnya, laptop aku mengalami kerosakan pada chipset yang mana menyebabkan overheating sehingga membuatkan tak boleh nak ON. then, kena buat bypass fan....sebab processor pon ada sikit overheating kat situ. macam tu la lebih kurang ceritanya. kini, laptop aku still dalam observation kesihatan dia. hahahahaha
satu lagi cerita, pasai USM. semester 4 akan bermula 29hb ni. makna kata kuliah aku akan bermula pada tarikh tu. masa macam biasa la...dari pagi sampai malam. 8am hingga 10pm. belajaq sampai lebam !
tapi ada satu yang membuatkan aku kurang selesa ialah untuk semester ni, aku kena banyak online forum di moodle USM. adoi....aku memang lemah bab-bab ni...sebab nak kena check selalu moodle tu. aku ni dah la malas nak update menatang ni. kuiz la apa la....
Moga kekuatan tu datang kat aku dalam menghadapi sesuatu yang baru ni.Insyaallah.
cerita lain pulak, pasai auni...sekarang ni dia ada tab baru...tiap-tiap hari dok men game dan tengok video....ulang berpuluh kali....antara game yang feveret dia --> angrybirds, talking tom, picarts for kids, fruits ninja dan etc. aku siap letak semua game ni kat page depan tab tu. then, video yang auni selalu tengok pulak --> iklan fernleaf (lagu ibu tu), girl generation, yuna, boboiboy, upin ipin dan gangnam style...minat betoi auni tengok video tu. jenoh aku dok download....bab kesihatan pulak, dia pon dah ok semenjak keluar dari hospital hari tu....syukur. happy aku tengok auni. umoq dia pon dah masuk setahun 10 bulan. tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.
cerita lagi satu, pasai family aku. family aku kini sedang menanti ahli keluarga yang baru. new member la katakan. so, nak kena la beli sikit-sikit barang untuk persiapan. persiapan aku sederhana saja dan ala kadar. tak dak la nak meriah sangat. wasatiah la katakan. aku berharap segala dipermudahkan oleh Allah dalam menghadapi saat-saat itu nanti....Insyaallah.
cukup dah kot setakat tu...aku dah banyak sangat dah bercerita....jumpa di lain cerita pulak.
p/s : laptop oh laptop....
Thursday, September 6, 2012
Ketidaksihatan
Sang Penyu senantiasa peneman yang setia. nyyyuuuuu !!
p/s : adoyai...sakit kepala la pulak. oh, mengapa !
kerisauan
dah lama rasanya aku tak update blog aku ni...disebabkan kesibukan dan juga kemalasan yang terlampau....
ni pon dok rasa malas gak nak update...tapi keinginan nak update tu ada sikit...so, aku pon cuba la kan...
first thing first...baru-baru aku berada dalam keadaan kerisauan yang agak tinggi...risau pasai apa?sapa? tak lain tak bukan pasai anak aku yakni auni raudhah. auni baru ni kena admitted kat hospital besaq ipoh pasai acute tonsilitis. tapi yang nak jadi cerita tu, sebab utama aku bawak auni pi hospital tu sebab dia asyik muntah-muntah bila minum susu ka makan ka minum ayaq masak ka....sampai badan jadi lembik...bila aku panggil pon dah takdak respon. auni yang selalonya tersangat la aktif....bila jadi macam tu, risau la aku...sapa yang tak risau kan bila anak jadi macam tu...
alkisahnya macam ni, sebelum auni muntah-muntah ni, auni terjatuh masa aku dan wife pi jalan-jalan kat taman rekreasi...auni jatuh 'tetomoih' ada la luka kat kepala, lengan, lutut, pipi....calaq sana calaq sini...lebam pipi...semua la...dahi berlubang...darah la jugak....so, aku takut auni ada head injury...sebab muntah-muntah. tapi bila pi kat kecemasan, doktor kata auni sakit tonsil. tonsil dia dah bengkak. so, doktor pon bagi la nasihat supaya auni kena admitted sebab badan terlalu lemah dan yang paling penting, auni takleh nak makan...bila masuk ja, pasti akan keluaq balik on the spot. auni masuk wad dan kena drip antibiotik dan ayaq...nak bagi badan kembali ada tenaga....
sebak aku tengok auni bila dalam keadaan lemah macam tu, taktau nak kata apa lagi dah...walaupon, ada orang yang kata tu perkara biasa ja, tapi bagi aku ia satu yang amat menyedihkan...sebab auni memang seorang yang sangat aktif...tak dok diam. tapi tetiba jadi lemah ja...fuhhh...
Alhamdulillah, dua hari dok wad...auni semakin ok...dan boleh keluaq wad. auni kena makan antibiotik supaya tonsil tu mengecut dan pulih seperti sediakala balik. dikala aku dok taip post ni, auni dah semakin pulih...makan pon dah ok sikit...cuma ubat ja payah sikit nak makan...kena paksa jugak la...
Semoga auni cepat sembuh. ayah dan ibu sayang auni. muaaaaaahh !
Ya Allah, Engkau lindungilah anakku ini. amin
p/s : 'tetomoih' bermaksud jatuh tersungkoq....hehe
Tuesday, June 26, 2012
My Precious
Sunday, April 15, 2012
1 tahun 5 bulan




pejam celik pejam celik....dah setahun dah umoq auni raudhah....dah besaq dah...
syok tengok ragam dan gelagat auni sepanjang setahun ni....macam-macam ragam auni...tidoq buas, suka punggah barang, pantang lepa merata dia pi, suka makan biskut 'patsagi', suka naik kuda, menangis tak tentu pasai, menari bila dengaq lagu, suka tengok iklan kat tv, suka minum ayaq masak dalam bekas dia punya dan macam-macam lagi la....aku tak berapa nak ingat...takpa, nanti bila aku dah ingat, aku tambah lagi....tapi, yang paling aku suka bila auni panggil "ayaaaaaaaaahh.......abuuuuuuuuuu......" lanjut ja dia panggil.....ayah tu aku la, 'abu' plak ibu....auni takleh nak sebut i = eeeee lagi....tu yang jadi abu tu....hehehehe
auni oh auni...ayah sayang auni sampai bila-bila.....
"auni dok elok-elok tau, nanti kena marah dengan ayah...hehe"
p/s : syok jugak jadi Mr. Mama ni...
Thursday, January 19, 2012
Ceria
Sehari tanpamu, hidupku tak akan tenteram.
keranamu aku masih berdiri.
oh, puteriku
oh, Auni Raudhah.
[sajak pendek gilaa....]
hidup aku sekarang ni ceria sentiasa ...dengan telatah auni....walaupun penat melayan telatah auni, aku tak pernah merasakan kekosongan di setiap detik hidup aku.
mendengar gelak tawa, tangisan dan cakap-cakap auni yang aku sendiri pun tak faham adalah satu anugerah besar dari Yang Maha Esa.
aku bersyukur dengan segala nikmat dariNya.
Semoga Allah akan sentiasa melindungi Auni Raudhah di sepanjang usianya..dan jugak seluruh keluarga aku, Insyaallah.
Aku ceria dikelilingi dengan semua orang yang aku sayang.
Sememangnya aku amat memerlukan semua.
p/s : lagi 2 hari saja lagi sebelum nak cuti. tak sabaq rasanya hatiku ini !
keranamu aku masih berdiri.
oh, puteriku
oh, Auni Raudhah.
[sajak pendek gilaa....]
hidup aku sekarang ni ceria sentiasa ...dengan telatah auni....walaupun penat melayan telatah auni, aku tak pernah merasakan kekosongan di setiap detik hidup aku.
mendengar gelak tawa, tangisan dan cakap-cakap auni yang aku sendiri pun tak faham adalah satu anugerah besar dari Yang Maha Esa.
aku bersyukur dengan segala nikmat dariNya.
Semoga Allah akan sentiasa melindungi Auni Raudhah di sepanjang usianya..dan jugak seluruh keluarga aku, Insyaallah.
Aku ceria dikelilingi dengan semua orang yang aku sayang.
Sememangnya aku amat memerlukan semua.
p/s : lagi 2 hari saja lagi sebelum nak cuti. tak sabaq rasanya hatiku ini !
Friday, December 9, 2011
Mengisi masa
ini merupakan kali pertama auni memasuki zoo...aku kagum sekali apabila melihat gelagat auni...
auni senorok dapat lihat sesuatu yang baru dalam hidupnya...auni dah pandai mengecam sesuatu objek yang bergerak....sampai satu ketika tak berkelip mata auni melihat telatah haiwan-haiwan dalam zoo....auni kadang-kadang tu takut, berani, tersenyum dan macam-macam lagi apabila melihat haiwan di depan matanya....
auni...auni.....gumbira hatiku ini melihatmu....
Semoga membesar dengan penuh kesejahteraan dariMu Ya Allah...amin
p/s : dah bertahun-tahun lamanya aku tak masuk zoo taiping...
Friday, November 11, 2011
happy a.k.a seronok
wahhhh, bukan main happy lagi auni ni....dapat kek besaq plak tu...
"sekarang ni auni dah umor setahun dah...so, kek pun kena la besaq kan...siap ada lilin satu lagi....1 lilin=1 tahun....hehe
selain itu, auni jugak dapat hadiah lain sempena birthday ....nak tau tak hadiah apa? haaaaaa, auni dapat injection kat klinik ....injection cukup umor setahun....sakit jugak oooo...auni siap nangis lagi...huhuhuuuu !
tapi sekarang ni dah ok ...."
tudiaaaaa, auni dok update pasal diri dia....memang mantap la auni...
p/s : ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan auni....amin.
Wednesday, November 9, 2011
sayangku !
Hari ini, hari Rabu bersamaan dengan 9 November 2011...genaplah setahun usia puteri kesayanganku Auni Raudhah b. Mohd Kamarul Asrof....
Selamat Hari Lahir ke-1 buatmu Auni Raudhah...
"Semoga auni menjadi anak solehah, berjaya dan senantiasa membahagiakan orang yang berada disekelilingmu kelak...Insyaallah...ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan auni ...amin"
gumbira tak terkata hatiku ini melihat auni membesar....walaupun pelbagai cabaran dan dugaan..
Alhamdulillah, segalanya dapat dihadapi dengan penuh kesabaran...
sebak di dada rasanya....
p/s : tersenyum seorang diri tatkala melihat telatah auni...muaahhh !
Selamat Hari Lahir ke-1 buatmu Auni Raudhah...
"Semoga auni menjadi anak solehah, berjaya dan senantiasa membahagiakan orang yang berada disekelilingmu kelak...Insyaallah...ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan auni ...amin"
gumbira tak terkata hatiku ini melihat auni membesar....walaupun pelbagai cabaran dan dugaan..
Alhamdulillah, segalanya dapat dihadapi dengan penuh kesabaran...
sebak di dada rasanya....
p/s : tersenyum seorang diri tatkala melihat telatah auni...muaahhh !
Thursday, October 13, 2011
tiada apa-apa
kerja semakin bertambah...terlalu banyak yang perlu dibereskan dalam masa yang agak singkat...sampai tak tahu yang mana satu perlu dibereskan dahulu...
minggu depan akan bermula PKSR 2...lepas tu, pasti sibuk dengan 'mark' paper...'key-in' markah...dan segala bagai ....oh tidak !
itulah kerja namanya...tak akan pernah habis walaupun sedetik....oh !
sekarang beralih kepada puteri kesayanganku pula....auni...
semakin hari semakin lincah beraksi....beraksi...beraksi dan beraksi lagi...
kagum aku dibuatnya....
tak sempurna hidup ini tanpanya....
p/s : bahasa kali ni agak formal...dan agak 'menyampah' bila aku baca balik...
Sunday, September 4, 2011
sakan !
tudiaaaa, pelbagai aksi dari auni raudhah di kala Aidilfitri 2011...terlalu banyak 'moment' yang menarik telah dipamerkan oleh auni...hinggakan tidak mampu berkata apa-apa lagi..tiada kata yang dapat menggambarkan betapa gumbiranya diriku ini melihat gelagatnya...
auni, ayah sayang laju-laju ...muaaaahhh !
p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua untuk Aidilfitri kali ini. penuh makna.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























