Assalamualaikum w.b.t
Rasanya sudah lama aku tak buka dan tengok blog aku ini. Terasa sangat janggal dan pelik bila nak masuk kat sini.
Hidup aku kini dah agak berubah sikit yang mana nak update blog pon dah malas. Nak buka pon malas, apatah lagi nak taip-taip untuk post yang ni.
Sebenarnya aku sendiri takdak idea nak taip apa....tapi taip pi la apa yang rasa nak taip.
Tahun 2017 ni, anak-anak semakin membesar. Auni Raudhah pon dah masuk Tahun 1, Adla Rais pula dah masuk 5 tahun. Sekarang ni, belajar kat tadika.
Cepat masa berlalu, umur pon makin bertambah.
Semoga kita semua dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. Ameen.
p/s : sakit kaki tak ok lagi ni. Futsal oh Futsal !
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
mcm2
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Sunday, February 5, 2017
Monday, November 2, 2015
Tuesday, August 19, 2014
Salam Syawal 1435H
ok. berkurun kan?! mengapa jadi macam tu? aku pun tak tau..
Selamat Hari Raya semua umat Islam di seluruh dunia.
agak kesibukan sedikit dengan hal-hal remeh dan temeh.
berusaha untuk berpindah ke rumah yang sudah 2 tahun lebih beli.
agak teruja dan agak kelam kabut.
PPG USM pun dah nak mula sem baru. 1 September 2014 ni.
tugas sebagai pendidik semakin mencabar dengan pelbagai cabang kerja.
ok, setakat tu saja la kot.
lain kali aku update lagi.
sekian.
p/s : orang selfie, aku pun nak jugak selfie.
Tuesday, May 27, 2014
Sekian lama
Setelah lama tak menjengah ke ruangan ini, aku mengambil sedikit masa dengan memberi kekuatan kepada diri untuk cuba sedaya upaya mencoretkan sesuatu di sini.
Aku merasakan alam blogging aku ini akan berakhir tak lama lagi. Prestasi amat tidak memuaskan.
23 Mei 2014 merupakan satu tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Ada perkara menggembirakan dan juga menyedihkan bagi aku.
Yang manisnya tarikh ini merupakan tarikh hari ulangtahun perkahwinan aku. Untuk tahun 2014, maka sudah 5 tahun aku mempunyai keluarga sendiri. Aku dapat merasakan pelbagai perasaan seorang yang bergelar suami, ayah dan ketua keluarga. Dengan kehadiran isteri dan anak-anak, hidup aku lengkap dan dipenuhi pelbagai pahit manis. Semoga keluarga yang telah dibina akan kekal selama-lamanya.
Aku sangat sayangkan Rokiah Jamaluddin, Auni Raudhah dan Adlan Rais.
Namun demikian, setiap yang manis pasti akan terpalit pahit. Pada 23 Mei 2014, aku kehilangan seorang wira yang telah berjasa sepanjang usianya, Jamaluddin b. Mutalib yakni ayah mertua aku. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain mendoakan ayah akan sentiasa ditempatkan dalam golongan-golongan terpuji, InsyaAllah. Anakmu akan senantiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah di sana. Aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk keluarga yang telah dibina.
Al-Fatihah.
Perjuangan perlu diteruskan.
ameen.
p/s : exam USM Semester 7 sudah selesai. Moga-moga lulus.

Sunday, September 15, 2013
Hujung minggu
Hari ini dalam sejarah..15 September 2013.
sebab apa?! sebabnya...setelah hampir 4 tahun aku berkhidmat kat ipoh ni, buat pertama kalinya aku sampai kat sini...nama tempat ni Pusat Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. lawak bukan !!
padahal tempat amat la dekat dengan rumah aku...jadi, tetiba hari rasa macam nak pi bawak famili..lagipun cuti kan....so, memang kena la...sebab utama aku mai tempat ni adalah sebab auni suka sangat tengok ikan....menurut info dari beberapa kawan, kat sini memang banyak ikan....besaq-besaq plak tu....memang kompom la auni suka...sebelum ni aku dah selalu bawak auni pi Eco Park, Taman Botani...apa kata kali ni try tukaq angin tengok....
so, pagi-pagi 'tak berapa nak buta' aku pi la tempat ni....best jugak...sebab boleh naik bot...tengok suasana yang nyaman.....walaupon naik bot tu sangat la sat, makna kata tak sempat nak hangat pungkoq dah sampai...kira ok la....auni dan rais senorok tak terkata la....auni macam biasa la, excited sangat sampai lari merata-rata...rais plak, asik bunyi ja...seronok la tu....
kiranya tempat ni bagi aku ok la nak bawak anak-anak....kira macam round pulau versi mini punya.....
orang ramai beb, mybe sebab time hujung minggu kot...tambahan plak cuti hari Malaysia kan....
nak naik bot tambang dia murah saja...dewasa RM3 + kanak-kanak RM1.50...jangkamasa naik bot tu ada la dalam 3minit setengah pergi dan balik....lama kan kan kan kan....hahahahaha
Selamat menyambut Hari Malaysia 16 September 2013 !!
p/s : esok nak pi mana plak tak tau !
Tuesday, January 8, 2013
The Oranges
gambaq ni dah lama sebenaqnya....baru nak upload dalam blog aku ni....
time ni kami bertiga lagi sebab rais still dalam perut ibu.....so, gambaq rais takdak la dalam ni.....
tema warna oren masa ni....dinner hujung tahun sekolah aku kat Impiana Hotel, Ipoh.
walaupon dah lapok....tapi aku tetap nak letak gambaq ni sebab aku suka ! yeaaaaaaayyy !!
terima kasih kepada tukang gambaq hebat, Mr.edy !
p/s : layan The Hobbit sat.....layaaaaan....
Friday, November 2, 2012
Satu Perjalanan
dah terlalu lama menghilang.......
kini muncul kembali.....
moga terus kekal, Insyaallah.
![]() |
| 28 Oktober 2012...syukur, Alhamdulillah. |
![]() |
| Auni Raudhah ala k-pop ! |
![]() |
| pandangan tajam menusuk kalbu. |
![]() | |||||
| keamanan sejagat ! |
menanti masa dan waktu yang semakin hampir.....gementar, gemuruh, takut, gembira semua ada....macam pasemboq sekarang ni...Moga-moga dipermudahkan olehMu Ya Allah..Insyaallah.
Amat bersyukur dengan segala anugerah yang telah dikurniakan....amin
p/s : USM kembali menghantui minda. oh, TIDAK !!
Tuesday, December 27, 2011
Darah Manis

tanggal 25 Disember 2011, terpatrilah status darah manis untuk diri aku.....ehhh ehhh silap plak...bukan aku...tapi adik aku.....tahniah diucapkan kepada Muhammad Afiq B. Kamarudin diatas kejayaan itu....
masa berlalu begitu pantas sekali...tengok-tengok adik aku dah bergelar tunangan orang....hahahahaha
semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin dan juga hingga ke akhir hayat...
aku sebagai abang akan sentiasa berdoa untuk kebaikan anda berdua....
Selamat Bertunang kepada Apit dan Pizah !
kekalkan hubungan anda ok !
sekgoq..peace y'all
p/s : 2012 dah semakin hampir...foohh !
Monday, May 23, 2011
My 2nd Anniversary
hari ini, 23 Mei 2011 merupakan hari yang penting dalam hidup aku..
2 tahun yang lalu, tarikh keramat ini aku telah bertukar status..dari solo ke berdua..
kini aku telah bertiga...
ternyata pelbagai dugaan telah dilalui bersama walaupon perit..Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk terus kukuh..
dan hari ini juga merupakan 'my 2nd anniversary'...
"thanx to my wife and my daughter..i love you so much !
without you, i'm nothing..."
p/s : "you're my heart you're my soul" untukku...

Subscribe to:
Posts (Atom)