mcm2

Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Cerita Aku

Assalamualaikum w.b.t
dah lama rasanya aku tak berblogging...hampir 2 ke 3 minggu ....ini kerana laptop aku mengalamai sakit jantung yang kronik. kena masuk ICU....saluran darah tersumbat...so, kena adjust sikit bab tu....syukur, kini kembali stabil...moga-moga kekal stabil lebih lama dan mampu bertahan....aku agak sedih dengan apa yang berlaku kepada laptop aku ni. memandangkan dia dah lama berjasa untuk aku. bila dia sakit, aku kena la rawat dia sebaik mungkin. demi kebahagiaan kami semua. alkisahnya, laptop aku mengalami kerosakan pada chipset yang mana menyebabkan overheating sehingga membuatkan tak boleh nak ON. then, kena buat bypass fan....sebab processor pon ada sikit overheating kat situ. macam tu la lebih kurang ceritanya. kini, laptop aku still dalam observation kesihatan dia. hahahahaha

satu lagi cerita, pasai USM. semester 4 akan bermula 29hb ni. makna kata kuliah aku akan bermula pada tarikh tu. masa macam biasa la...dari pagi sampai malam. 8am hingga 10pm. belajaq sampai lebam !
tapi ada satu yang membuatkan aku kurang selesa ialah untuk semester ni, aku kena banyak online forum di moodle USM. adoi....aku memang lemah bab-bab ni...sebab nak kena check selalu moodle tu. aku ni dah la malas nak update menatang ni. kuiz la apa la....
Moga kekuatan tu datang kat aku dalam menghadapi sesuatu yang baru ni.Insyaallah.

cerita lain pulak, pasai auni...sekarang ni dia ada tab baru...tiap-tiap hari dok men game dan tengok video....ulang berpuluh kali....antara game yang feveret dia --> angrybirds, talking tom, picarts for kids, fruits ninja dan etc. aku siap letak semua game ni kat page depan tab tu. then, video yang auni selalu tengok pulak --> iklan fernleaf (lagu ibu tu), girl generation, yuna, boboiboy, upin ipin dan gangnam style...minat betoi auni tengok video tu. jenoh aku dok download....bab kesihatan pulak, dia pon dah ok semenjak keluar dari hospital hari tu....syukur. happy aku tengok auni. umoq dia pon dah masuk setahun 10 bulan. tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.

cerita lagi satu, pasai family aku. family aku kini sedang menanti ahli keluarga yang baru. new member la katakan. so, nak kena la beli sikit-sikit barang untuk persiapan. persiapan aku sederhana saja dan ala kadar. tak dak la nak meriah sangat. wasatiah la katakan. aku berharap segala dipermudahkan oleh Allah dalam menghadapi saat-saat itu nanti....Insyaallah.

cukup dah kot setakat tu...aku dah banyak sangat dah bercerita....jumpa di lain cerita pulak.

p/s : laptop oh laptop....

Saturday, March 31, 2012

Lumrah dunia

dah dekat seminggu dah aku tak update blog aku ni...sebab apa aku jadi lagu ni?
sebabnya kerja terlampau banyak...sampai nak update blog pon dah malas...kerja yang dok tak berenti-renti beratuq....pi sekolah pening dengan LINUS, balik rumah pening dengan TUGASAN USM...nak tidoq pulak, kepala otak dok pikiaq pasai lumrah dunia....oh, otak aku senantiasa dok berpikiaq....sampai satu saat tu, terlintas kat kepala aku ni mengatakan tak lama lagi aku boleh jadi ting-tong....dunia dunia....

ok, aku start dengan kisah aku di sekolah dulu...kerja LINUS semakin bertambah...saringan yang sedia dok ada pon tak larat nak kampoi..ni kan pulak saringan khas.....macam-macam orang atas ni dok suruh aku buat...sampai masa tak cukup sentiasa....balik rumah pon dok pikiaq pasai kerja....di saat aku dok menaip ni pon, LINUS aku tak setel-setel lagi...minggu depan nak buat saringan khas pulak....lepas tu, saringan tahun 1 pulak....lepas tu nak mark paper yang berlambak-lambak pulak...oh....ni satgi sapa yang dok baca post aku ni kata aku ni kuat mengeluh la tak bersyukur la apa la....sebenaqnya memang aku nak mengeluh pon...sebab kerja tu semakin membebankan minda aku....stress aku bila dok buat kerja-kerja ni....tapi nak buat macamana, rezeki aku kot arah ni...so, kena redha...dan bersyukur sebab Allah masih lagi memberi kekuatan kepada aku buat semua ni...syukur.

kisah kedua pulak, pasai kerja jugak...tapi lain sikit dari sekolah aku...ni pasai assignment USM yang bersusun nak kena buat...ada 8 semuanya....aku baru dok pulun buat 3...sebab 7 April ni nak kena hantaq dah...tiap-tiap malam tidoq lambat...dok mengadap laptop...surf sana surf sini cari bahan....sampai juling mata habaq ang !
tula, sapa suruh gatai sangat pi mintak sambung belajaq...padan muka ang ! pandai-pandai la redah....
yalah....gaji cek ni kecik ja....tu yang dok pulun sambung belajaq ni...nak merasa gaji besaq pulak...hahahaha.....lambat lagi nak habis nun......2015 ! tudiaaaa aih...jenoh keraih la nak tunggu....Insyaallah...

last sekali, hal yang amat memeranjatkan aku...perkara yang tak dijangka telah berlaku....2 3 hari aku rasa tak senang...asyik dok pikiaq benda tu ja....tapi lama kelamaan, bila aku pikiaq balik...ada hikmah semua tu....mudah-mudahan aku mampu menangani semua tu...
dan aku berharap bahagia hendaknya....
hal apa??? hahahaha...nanti la aku bagitau...ni aku bagi teaser ja dulu....tungguu !

p/s : tukaq background la sat....nafas baru pulak...haha

Monday, February 13, 2012

tinggal kenangan

aku rasa arc S ni baru saja menjadi salah satu dalam family aku....lebih kurang 2 bulan kalau tak silap...tapi kini tiada lagi gelak tawanya...ia telah menjadi milik orang lain...
fuuhh, sedih rasanya....tapi apakan daya....perubahan masa memaksa saat-saat ini berlaku...
tanggal 12 Feb 2012, maka berpisah la Sony Ericsson arc S dengan family aku...bukan kerana tiada cinta tapi waktu penentu segalanya.....


semoga kau berbahagia di sampingnya....


p/s : esok nak submit borang yang belambak-lambak tu...moga-moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah.

Friday, January 27, 2012

tak tau !

ok. aku kembali lagi. setelah hampir seminggu menghilangkan diri sempena cuti CNY, kini aku kembali nak coret apa yang patut.

firstly, aku tak dak apa sangat nak story pasai aku tak berapa nak rajin time ni nak taip story-mory...

secondly, cuti kali ni banyak masa aku habiskan ke sana ke mari. ipoh - taiping - penang - perlis -ipoh. saja pi jalan-jalan pasai cuti panjang sangat. so, tak tau nak buat apa aku pon pi la jalan-jalan dengan family aku.

thirdly, di penghujung cuti ni banyak jugak la masa aku habiskan dalam Digi Center. sebab utama ialah aku nak switch dari celcom aku ke digi. ada sedikit masalah teknikal yang memaksa aku punya request kena reject dengan Digi. masalah dah selesai rasanya, yang mana aku apply lagi sekali nak switch. bagi aku Digi macam murah sikit dari celcom dan jugak maxis. semua line ni aku pernah guna dulu.

fourthly, cuti sekolah aku dah nak habis ! minggu depan aku dah mula nak bekerja. ayuh mood bekerja....mari kau ke sini.

lastly, aku pon dah rasa macam geli bila guna ly-ly ni....hahahahaha

p/s : syok jugak main bola freekick ! layan !

Sunday, June 19, 2011

Al-Kisah Al-Sabtu

setiap hari merupakan hari-hari yang amat penting dalam kehidupan kita, bukan?
ya atau tidak, itu semua terletak di tangan anda...anda yang mampu mengubahnya...haha
tudiaaa, mukaddimah..bukan main poyo lagi...tapi itulah hakikatnya, hidup ini kekadang memerlukan saat-saat poyo untuk membahagiakan hari kita...
ok, dah cukup untuk intro yang agak macam toya itu...
kali ini, seperti biasa aku akan cuba sedaya upaya untuk me'naiktarikh'kan blog aku yang dah sememangnya bersawang disebabkan post yang agak kurang...
al-kisah aku kali ini tak lain tak bukan pasal al-sabtu...hari yang sememang penuh dengan liku-liku hidup yang amat mencabar dan menyeronokkan..
aku mulakan hari sabtu ini seawal 430am..bersiap sedia untuk ke penang demi sesuap ilmu..dan juga hari untuk men'submit'kan segala bagai assignment...ada la 5 assignment...banyak bukan?! tapi disebabkan hari last nak submit..so, aku agak excited la sikit...perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam untuk sampai ke destinasi yang dituju...USM, gedung ilmu anda !
tapi kuliah kali ini agak singkat masanya jika hendak dibanding dengan sebelum-sebelum ini..yang mana start 8am sampai 530pm saja...lepas tu, boleh balik dah...yabedabeduuuu !
tapi aku teringin la nak ceritakan satu part masa dalam kuliah ini, aku rasa time ni memang lawak gila...masa tu, ada kuiz Sahsiah...kena buat essay bak ang...dah la essay, lepas tu masa 20 minit saja..tajuk pulak on the spot ja bagi...apa lagi..pening dah kepala hotak aku ni..mau tak pening, orang lain semua dok pakat karang baek punya...aku langsung tak mula lagi...sampai campak-campak kertas la aku time tu, betoi-betoi rasa down...down...fire in the hole !
nasib baik la member-member aku ni semua jenis yang 'supportive'..depa la yang bagi idea kat aku apa nak buat..
so, aku pon menyarang la bagai nak rak...bila aku baca balik..tudiaaaa, memang sepatah *aram pon aku tak paham..ayat berbelit-belit...haha, bantai saja la...memang time ni aku takdak idea langsung...ayat dok pusing-pusing kot tu jugak...lawak betoi...ntah la nak dapat berapa markah...lecturer bagitau essay tu 10markah...tapi yang aku dok rasa 2 markah pun belum tentu aku leh dapat...memang barai la essay aku tuh...tensen gak la, orang lain aku tengok konfiden ja dok tulis...aku plak, tulis apa pun taktau...dugaan betoi...takpa la...benda dah lepaih kan...so, kita tunggu dan lihat ja la kan...
then, time nak balik....satu-satunya saat yang aku paling suka ....Makaaaaaaaaaan time !
yahooo...yabedabeduuuu....all time feberet aku tak lain tak bukan...char koew teow permatang pauh...ADAM CKT...memang terbaek...ucapan juta-juta ribu-ribu ratus-ratus terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi membelanjakan kami makan kali ini...pergghhh...memang terangkat !!
lain kali boleh belanja lagi kan...kan..kan....haha

nasi lemak telor ikan sardin ka ikan bilis, mana satu nak makan ni?isk konfius aku ?!

so, nak dipendekkan cerita ...aku sampai ipoh lebih kurang pukul 11 lebih jugak la...peluk-peluk cium auni sikit then terus tidoq...mengantuk bak ang..mata dok rasa macam ada gam cap gajah mati ja...jem weh...zZZZZZzzzzzz....

"sekian, daun keladi..lain kali saya cerita lagi"

yang taip,
Fazrul Hakimi Dalili [bukan nama sebenar]
pengerusi JKKKKKK tayar soton

p/s : hari ini masa untuk berehat sepenuh-penuhnya...

Saturday, May 28, 2011

cuti bermula, kerja still tak mula

Dengan ini, diumumkan bahawa hari ni secara rasminya bermula cuti persekolahan selama 2 minggu. Namun begitu, fikiran aku masih lagi tak aman malahan semakin pening memikirkan segala bagai isu dan masalah duniawi. Dapatkah aku mengatasinya? Soalan ini amat sukar untuk dijawab kerana memerlukan kerahan keringat yang amat tinggi. Aku sedaya upaya cuba mententeramkan diri sendiri dengan mengatakan semua itu pasti dapat diatasi dengan izin Yang Maha Esa, Insyaallah..apa yang perlu dari aku hanyalah usaha untuk menyelesaikannya.
tudiaaa aih ayat, berbelit-belit ...pening aku nak faham...
skema semacam la pulak..takpa...bukan selalu boleh macam ni...
ok la..kembali ke mode asal...
sebelum apa-apa pon, aku ingin merakamkan sekalung tahniah kepada guru-guru di luar sana kerana dapat merasai percutian yang agak lama jugak...2 minggu...kira sakan jugak ni...nak pi merata pon boleh ni...aku pulak, plan nak pulang ke penang...kerana sahabat baik aku nak kawen..tahniah la untuk Mr. Pejai Aladdin...bertuah anda dapat berkawen...semoga kekal bahagia selama-lamanya...
selain tu, Mr. Rumet a.k.a Ihsan pon kawen jugak kat pendang..yang tu memang aku plan nak pi ...lagipon, boleh la aku singgah rumah makteh aku ...tengok Mardina Saffiya...dah nak masuk dua bulan dah...kompom kiut miut macam PAMA dia...
memang banyak la jugak plan aku untuk cuti sekolah ni..tapi aku kesian kat ma'am aku pasal dia cuti pendek saja..lebih kurang 3 hari...so, dalam time cuti dia tu la nak pi mana-mana pon..kalau dah keja susah dah...
boleh nak dikatakan cuti ni aku bakal menjadi Mr. Mama...dikala aku dok menaip ni pon, auni dok berguling-guling sebelah aku ni...dah tak reti dok diam dah auni la ni...dah nak merangkak la katakan...bunga-bunga nak 'buas' tu dah nampak sikit-sikit dah...jenoh la nak kampoi nanti..
apa-apa pon, aku hepy tengok auni...rasa serabut dalam kepala ni kurang teroih !
auni....auni....we love u !
hmmm..apa lagi aku nak cerita haaa....sat-sat nak pikiaq....ada lagi rasa-rasa ni...
haaaaaa, baru aku teringat...hari selasa bersamaan 31hb Mei 2011, aku dapat surat kena pi bengkel LINUS la pulak kat SK Seri Kinta, Ipoh...sehari ja...aku pon tak tau sekolah tu kat mana...member cakap dekat dengan GM ja..tapi yang menjadi masalahnya ialah masa yang lama dan item-item yang depa suruh bawak pi sana...masa tu start 8am sampai la 5pm...tudiaa, jenoh berakaq la aku kat sana nanti...silap-silap mau pi lepak kat GM dulu kot...haha
satu lagi yang aku rasa membebankan barang yang depa suruh bawak...gunting, kad manila, kulit kerang, siput...macam-macam la...haru betoi...macam nak pi picnic ja pon...jem !
tugasan USM pon bersepah-sepah tak buat lagi...18hb dah nak kena submit...adoi la...tak tau nak mula yang mana dulu...tawakkal ja la aku kali ni..
ok la, aku rasa yang berjela dah aku dok berletiaq kat sini...kang aku sendiri pon cemuih...

p/s : sedang membina blog untuk tugasan USM..blog yang diberi nama "Semudah 1 2 3.."