mcm2

Friday, January 27, 2012

tak tau !

ok. aku kembali lagi. setelah hampir seminggu menghilangkan diri sempena cuti CNY, kini aku kembali nak coret apa yang patut.

firstly, aku tak dak apa sangat nak story pasai aku tak berapa nak rajin time ni nak taip story-mory...

secondly, cuti kali ni banyak masa aku habiskan ke sana ke mari. ipoh - taiping - penang - perlis -ipoh. saja pi jalan-jalan pasai cuti panjang sangat. so, tak tau nak buat apa aku pon pi la jalan-jalan dengan family aku.

thirdly, di penghujung cuti ni banyak jugak la masa aku habiskan dalam Digi Center. sebab utama ialah aku nak switch dari celcom aku ke digi. ada sedikit masalah teknikal yang memaksa aku punya request kena reject dengan Digi. masalah dah selesai rasanya, yang mana aku apply lagi sekali nak switch. bagi aku Digi macam murah sikit dari celcom dan jugak maxis. semua line ni aku pernah guna dulu.

fourthly, cuti sekolah aku dah nak habis ! minggu depan aku dah mula nak bekerja. ayuh mood bekerja....mari kau ke sini.

lastly, aku pon dah rasa macam geli bila guna ly-ly ni....hahahahaha

p/s : syok jugak main bola freekick ! layan !

Sunday, January 22, 2012

fikirkanlah

cuti persekolahan sempena Gong Xi Fa Cai dah bermula....hati aku ni syok tak terkata la kan...cuti punya pasai memang syok...sebab apa? aku boleh lupakan sejenak pasai kerja semua...
cuma yang menjadi masalah bagi aku kali ni, aku ingat nak bawak auni pi jalan-jalan....tapi tak tau nak pi mana.....adoyai !

cuti sekolah tu boleh la tahan lama dia....seminggu jugak la...balik penang tu dah wajib...so, dari penang nak pi mana plak kan...nak kena susun jadual dah ni...aku ni plak style tak reti nak plan awai-awai...semuanya nak kena lasi minute jugak baru nak jadi....kalau kata plan awai tu makna kata pakai kirim salam ja la....hahaha...aku aku....

aku dok nampak nak pi utara Malaysia...kalau jadi la kan...dah lama aku tak pi sana...last aku pi time tu dok bujang lagi...la ni dah anak sorang dah pun....tak tau apa perkembangan yang dah berlaku kat sana....tu yang teringin nak pi tu....
mudah-mudahan jadi la kan hajat di hati ni nak bawak anak bini ke sana....
kita tunggu dan lihat ok !

p/s : aku pi taiping semalam punya la banyak qeta...nak raya punya pasai la ni...fuh !

Thursday, January 19, 2012

lega


ALHAMDULILLAH

syukur kepadaMu Ya Allah.

amin....


terlerai sudah segala keraguan.


p/s : musim cuti hampir kembali.

Ceria

Senyum ragamu

Sehari tanpamu, hidupku tak akan tenteram.
keranamu aku masih berdiri.
oh, puteriku
oh, Auni Raudhah.
[sajak pendek gilaa....]


hidup aku sekarang ni ceria sentiasa ...dengan telatah auni....walaupun penat melayan telatah auni, aku tak pernah merasakan kekosongan di setiap detik hidup aku.
mendengar gelak tawa, tangisan dan cakap-cakap auni yang aku sendiri pun tak faham adalah satu anugerah besar dari Yang Maha Esa.
aku bersyukur dengan segala nikmat dariNya.


Semoga Allah akan sentiasa melindungi Auni Raudhah di sepanjang usianya..dan jugak seluruh keluarga aku, Insyaallah.

Aku ceria dikelilingi dengan semua orang yang aku sayang.
Sememangnya aku amat memerlukan semua.


p/s : lagi 2 hari saja lagi sebelum nak cuti. tak sabaq rasanya hatiku ini !

Monday, January 16, 2012

2nd : Selesai sudah

mr. mizi [the boss]

mr. azli dan mr. asrof

mr. edy

tudiaaaa...baru nak update....punya la lama berhabok ....haha

Alhamdullillah...selesai sudah exam PPG USM semester 2...berjalan lancar...cuma yang tak lancar adalah aku...sebab apa? sebab banyak topik aku tak cover...so, kesimpulannya aku banyak tembak menembak demi mencari satu jawapan yang tak pasti...hahaha....ayat novel tak ingat....
exam kali teramat la susah...terutama sekali KRB dengan KPF....memang pecah kepala....susah bangat !!
tak tipu ooo.....
tapi semuanya dapat jawab dengan ketenangan...hanya perlu menanti 'result'nya saja sekarang ni...tak tau la nak dapat apa....
Moga-moga lepas la kan.....fuuhhh....

tapi apa yang aku nak bagitau satu ja...yakni pasai makan....exam kali ni banyak tempat berkaitan makan aku pi ...memang banyak la...dah macam jalan-jalan cari makan dah aku rasa....
perut pon dah 'ketat'....
terbaek !!

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan minggu exam aku kali ni..
jutaan terima kasih terutama kepada Mr. Mizi, Mr. Azli dan Mr. Edy....
anda memang kawan yang sejati....
tak lupa juga kepada homestay Sir Mustakhim...tq very much, sir !

p/s : semoga result aku kali ni 'lepas' Insyaallah...