mcm2

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

Demam, makan dan tidoq !

setelah 4tahun berlalu, kini ia kembali dengan penuh bergaya.
aku pon teruja jugak bila saatnya dah tiba.
sememangnya aku merupakan peminat nombor 1. dan tak mungkin menjadi 2 mahupun 3.
ketahanan mental dan fizikal aku bakal teruji ketika ini.
oh, oh, oh, dan oh !

dan apa yang paling penting adalah kehadiran Ramadhan. 
Semoga aku dapat melaksanakan ibadah ini dengan penuh kesempurnaan, InsyaAllah.

p/s : banyak perkara yang berlegar-legar dalam pemikiran aku. yang mana kadang-kadang tu membuatkan aku keliru dan blur ! Moga dipermudahkan segala urusan olehNya. ameen.

Saturday, August 11, 2012

Penghujung

Alhamdulillah, syukur....sebab aku dah kembali mengaktifkan blog ni...tapi aku pon taktau kerajinan ini akan kekal sampai bila. aku rasa hampir sebulan aku tak sentuh blog ni. kiranya sepanjang Ramadhan, inilah kali pertama aku buat entry. ok, aku nak cerita bab Ramadhan dulu, Alhamdulillah aku dapat melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. hanya Allah saja yang tau setakat mana sempurna Ramadhan aku kali ni. Moga-moga diterima OlehNya. Insyaallah. pejam celik pejam celik dah hujung dah Ramadhan, tinggai lebih kurang seminggu saja lagi nak sambut Syawal. aku tengok orang dah berpusu-pusu dok prepare barang-barang nak raya. tapi bagi aku pula, takdak apa yang aku rasa nak belikan untuk diri aku ni. banyak yang aku fikirkan hanya untuk orang di sekeliling aku saja. contohnya, anak isteri, mak ayah, adik-adik, sedara, pengasuh anak aku. dok fikir apa yang aku nak bagi kat depa ni semua. tapi tahun ni, aku rasa macam nak beli seluaq jeans la satu sebab seluaq yang dok ada la ni yang semakin barai dan lunyai. hahahahaha. aku harap raya kali ni aku dapat membuahkan senyuman pada orang di sekeliling aku. tak kira la walaupun hanya sedikit senyuman. yang penting senyuman itu ikhlas dari hati depa kan. 
bab 2 pulak, cerita pasai alam pekerjaan aku. Alhamdulillah, aku sebagai kakitangan gomen telah dikurniakan bonus raya sebanyak setengah bulan gaji. syukur sangat-sangat. sebab ia dah banyak membantu dan meringankan beban aku. paham-paham ja la kan, raya mesti nak pakai duit banyak. bonus tu dah pon dibayaq pada 9hb yang lepas. aku dengaq cerita minggu depan yakni 13hb nak masuk gaji pulak...awainya la...bahaya ooo kalau gaji masuk awai ni. mau dok pandai plan duit tu. kalau tak, jenoh nak korek bila sampai hujung bulan depan nanti. 
bab 3 pulak pasai aku nak raya kat mana tahun ni. aku pon taktau macamana aku nak sambut raya tahun ni. sebab apa? sebab mem besaq aku kena keja malam pulak time raya ni. so, aku buat kesimpulan bahawa tahun ni maybe aku beraya di rumah mertua aku dulu la kot. then, barulah rumah mak aku. agak tak best bila tau mem kena bertugas time raya. fuh. tapi nak buat macamana kan. itu dah menjadi sumber rezeki kita. mau tak mau kena la terima. 
bab 4 pasai auni raudhah. fuh. tak larat nak kampoi dah la ni. bueh yang amat. kuat main, kuat bercakap, dan kuat merap. auni oh auni. jadilah anak yang solehah dan mampu membanggakan ibu dan ayah mu kelak. amin.

setakat tu saja la kot ...aku pon dah tak larat nak taip dah. lagipon aku nak pi tukaq pampers auni sat. dah dok keluaq aroma yang menyamankan dah tu...okla semua. bertemu lagi kita di masa akan datang.

selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.

p/s : cuaca kat ipoh ni semakin hari semakin panas terik dan perit. Ya Allah.

Thursday, July 26, 2012

tugas

oh mengapa !
tatkala aku sedang menaip coretan ini, aku baru saja muntah hijau dengan menatang yang kat atas tu...naik juling bijik mata aku sedaya upaya menyelesaikannya...masa ada lebih kurang 4 5 hari saja lagi untuk siapkan. kalau tak, kena hantaq surat tunjuk sebab pulak.....macam-macam depa ni...
menatang ni la yang selalu membuatkan kepala aku serabut dan tak tenang...selama ni yang aku dok bebelkan pon tak lain tak bukan....menatang atas ni la....nak tau dak dia nama apa??? 
perkenalkan kepada anda semua....namanya ialah LINUS....taraaaaaaa !! aku rasa orang yang berkecimpung dalam dunia pendidikan pasti amat mengenali 'beliau' ni....

dah la...malas aku nak bebelkan lagi...nanti tak pasai-pasai aku kena cepuk...hahahahaha
masa untuk tidoq ...... zzzzzzzzzz !!

p/s : terima kasih kepada PM kerana sudi menganugerahkan 1/2 bulan bonus kepada kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan

segala yang dinanti kini telah tiba...ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat...

puasa biaq penuh...

p/s : nak sahur apa pagi ni?

Monday, July 16, 2012

tak lama dah

tinggal lagi beberapa hari saja lagi untuk kita semua menyambut ketibaan bulan yang penuh mulia...tak lain tak bukan Ramadhan Al-Mubarak...so, makna kata dah nak kena persiapkan diri untuk menyambutnya....
aku ni macam biasa la kan...sejak dulu hingga sekarang harapan mestilah puasa penuh....Insyaallah.

hari ni dah hari Isnin, puasa dijangka pada hari Sabtu 21hb Julai...tak sabaq rasanya nak puasa...dugaan pon pasti akan datang mencurah-curah...terutama sekali time kat sekolah....paham-paham saja la kan dengan kerenah budak-budak ni....ada satu ketika boleh menyebabkan darah aku menggelegak bak ayaq panas...fuh ! cobaan betoi....

Moga-moga aku dapat menghadapinya dengan penuh ketabahan...

ok, aku dah taktau nak taip apa lagi....cukup la kot setakat tu...

kepada adik aku yang berada nun di kuala nerang tu...belajaq la semaksimum yang mampu...ingat apa harapan dan kata-kata mak ayah hari tu....buatlah mereka bangga dan tersenyum riang...

p/s : hujan yang turun bagaikan mutiara...

Thursday, August 11, 2011

Part 1 : Perihal Ramadhanku

dah lama rasanya aku tak memborak-kosongkan diri aku di laman ni..
so, hari ni aku ingat nak borak pasai beberapa benda ...walaupun tak berapa syok sangat, aku tak kira la...aku nak buboh jugak...haha...dah nama pun laman tayarsoton kan...
memang tayar la...so, bedai saja
pasai apa?..pasai bulan posa la ..apa lagi kan....
aku teringat masa kecik-kecik dulu, bila posa ja mesti sekerat hari...kalau kata posa selama sebulan 30 hari kan..makanya aku akan posa jadi 15 hari saja la...sebab tiap-tiap hari aku posa separuh ja...selalunya sampai pukul 12 lebey la...sebab time ni kan time tengahari rembang, ang mau tau la kan cuaca dia lagumana...hangat tak ingat punya..perkara standard yang aku buat bukak peti ais la...langgah dua tiga botol ayaq aih...memang puas hati la...lega oooo....haha
amcam, ada best ? mesti la best sebab langgah ayaq time bulan posa....
aku selalu bagitau kat mak aku yang hari punya separuh hari posa kita gabung la dengan esok punya, jadila sehari posa...ya dak?! haha...geliga kan otak aku ni...boleh plak main gabung-gabung...haaaa, hampa tengok aku dulu macamana...dah terer math kot !haha
hmmm, tu semua cerita zaman tok kadok dulu...kanak-kanak ribena la kata orang...
takpa la kan, tu semua penting untuk kita nak belajaq posa kan..tambah-tambah time tu budak-budak lagi..
zaman la ni, alhamdulillah posa aku cukup....amin...
cuma pernah terkantoi dulu time tu aku mengajaq kat jb...aku ingat lagi..aku kantoi sehari posa kot...pasai perut aku memulaih semacam ja time tu...kalau tak silap aku time lepas sahor..teroih aku pi klinik..member aku tolong bawakkan..tq sahabat...tanpamu mungkin tiada lagi aku hari ini..cheeewaaahh, ayat sadis tuh...
siap aku balik jumpa makcik aku lagi..pi buat ultrasound...last-last suspek aku kena 'gall-blader'...fuuuhhhh, terkejut mak, nox ! aaauuuwww !
hampa tau dak apa menatang tu 'gall-blader'..apa, tak tau...hmm, apa lagi ...pi la gugel...haha
siap ambil darah lagi...tapi akhirnya, alhamdulillah...aku normal....just saspek ja....lega mak nox !
tu la serba sedikit cerita pasai Ramadhan aku...ada banyak lagi....tapi tak larat dah nak taip...lenguh jari dah aih....haha
cerita pi bazar ramadhan kt stadium lagi...bukak posa ataih menara lagi..isk, macam-macam la kiranya nak cerita kat hampa semua...lain kali la kot....haha

pssstt....semalam aku rasa hari rajin aku kot...pasai apa?...pasai aku berjaya buat coq korea dengan kek batik....haha...semangat ayam betoi ! aku pon tak tau pasaipa aku rajin sangat....
besala kan....lelaki meekari....wakakakakaka

p/s : nak makan kek, tapi perut dah kenyang sangat dah...nak kena tunggu bukak posa malam esok la kan...hehe

Thursday, August 4, 2011

berjaya

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keempat kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini..
seperti aku juga, aku berjaya menunaikan kewajipan yang amat dituntut oleh Islam ini..
pelbagai dugaan telah aku hadapi, biasalah kan...selalunya minggu permulaan ni memang banyak dugaannya..
macam aku ni, waktu petang aku ada kat sekolah..dok melayan gelagat dan ragam anak murid...mak ai, penat tak hingga punyalahh..depa ni kalau tak kena 'beletiaq' sehari tak sah...habis hilang pahala puasa aku sikit...habis sebab dok banyak cakap la..'beletiaq sana beletiaq sini'....fuuhhh, dugaan oh dugaan !
tapi aku bersyukur, dengan dugaan ini mampu menjadikan aku insan yang lebih penyabaq...hahaha
tudiaaaaa, habaq ang !
Moga-moga anak murid aku paham la dengan apa yang aku dok bebelkan tiap-tiap hari kat depa...
hampa paham-paham je la kan...yang aku dok mengajar ni budak-budak Tahun 1, 2 dan 3...
so, memang kurang kesedaran sivik sikit...tambah-tambah yang Tahun 1 tu, memang tak makan saman la...ang cakap pi la apa pun, depa buat slumber rock ja....last-last, aku pulak yang mental dengan depa ni....
itulah cabaran yang aku kena lalui hari demi hari....tudiaaaa, ayat novel dok mai dah....

bagi menghilangkan tekanan mental aku dengan budak-budak ni, jom kita layan album terbaru di pasaran ni...
lawak wei....tobat lawak !



p/s : Selamat bersahur untuk anda semua...jom soooooq wei !

Monday, August 1, 2011

sebelum dan bermula

sebelum
hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang agak sibuk...agak la..
aku mengambil kesempatan cuti 2 hari untuk pulang ke kampung halaman walaupun seketika saja..aku balik penang hari jumaat malam selepas balik dari sekolah..stay kat penang sehari saja yakni sampai sabtu petang..sebab malam tu wife aku kerja ...shift malam..so, faham-faham je la kan..walaupun sehari saja, tapi aku tetap nak balik jugak sebab dah hampir sebulan aku tak balik kampung..tapi bila ja aku sampai kat depan rumah parent aku, terkejut aku bila aku dapat tau adik aku 'accident' ...terus aku risau..dah la mak ayah aku kata adik aku tak ingat apa dah, bercakap pun merepek dan ulang-ulang benda yang sama...jemmmm !
aku bersyukur adik aku hanya mengalami minor injury saja..calaq balaq ja lebih..yang lain semua ok...alhamdulillah..dapat la mc 5 hari..semoga cepat sembuh wahai adikku !
then, aku sempat pi tengok baby yang baru lahir ..Muhammad Afif Muhaimin..anak kepada Abg Chik dan Kak Mas..kiranya sepupu kepada Auni la kan...wow, auni dah ada geng ! comel ja aku tengok..nak pegang tapi tak berapa nak berani sebab kecik sangat..2.2kg saja beratnya..macam auni dulu 3.2kg..besaq la sikit...so, aku mengambil pendekatan tengok saja gelagat afif muhaimin..tak lama lagi auni akan tambah lagi satu 'geng bas sekolah' ..tungguuu !
lepas tu pulak, aku bersama mak dan family terus ke MRSM Transkrian, Nibong Tebal..jumpa adik lagi sorang, akmal...dia dah lama tak balik...lagipun, dah lama jugak aku tak jumpa dia..sebulan lebih gak la..sempat la jumpa sat..sebab aku pi jumpa dia bukan time melawat..so, dapat jumpa sat saja la..
bila dah setel semua...balik ipoh balik....tata penang, jumpa lagi....
hari ahad pulak, aku pi taiping...rumah tok aku...saja la pi sana bawak auni ...boleh la dia jumpa 'nyang' dia kan dengan pak menakan dan kaum kerabat...bukan main syok lagi auni dok main dengan 'nyang' ...sampai tak tidoq-tidoq jadinya...haha
fuhhhh, memang padat la hujung minggu aku kali ini...
syukur dapat bertemu keluarga dan sanak saudara...

bermula
hari ini bermula 1 Ramadhan..selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di mukabumi ini...
semoga amalan kita bertambah kepada Yang Maha Esa...
puasa wei jangan tak puasa...
ok, sahur untuk pertama kalinya pagi tadi...aku bersahur secara solo...makan nasi koboi saja...
mudah.my betoi...haha

p/s : cabaran bermula petang ini di SKPPL...Ya Allah, kuatkanlah semangatku dan tabahkanlah jiwaku...amin

Wednesday, July 27, 2011

Alhamdulillah

aku baru saja balik dari klinik. buat apa aku pi klinik?
haaaa, soalan yang bagus tuh...haha
aku pi klinik pasai bawak puteriku yakni auni raudhah untuk timbang berat dan check apa yang patut sempena usianya yang mencecah 8 bulan..Alhamdulillah, semuanya stabil dan dalam keadaan baik...berat auni dah turun sikit, 7.1 kg.
hari tu timbang kat rumah makngah 8kg..mybe penimbang tak sama kan...entahlah..
tapi bagi aku, aku memang dah jangka pun berat auni akan turun..sebab sekarang auni semakin aktif..panjat sana panjat sini..so, that's why la aku jangka berat auni akan turun sikit dari yang sebelum ni..
walaumacamana pun, aku bersyukur auni sihat sejahtera..
kalau auni sihat, makanya ibu dan ayah pun sihat...sebab senang hati...yeeaaaaayyyy !

sebelum tu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tak lama lagi dah..hari Isnin depan..
so, selamat beramal....insyaallah..

bersiap sedia ke sekolah lebih awal dari biasa sebab ada aktiviti ko-ko...jem !

p/s : entry kali ni agak pendek dari yang sebelum-sebelum ni..sebab takdak idea nak taip ...

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 1431 bakal menjelma....
ayuh persiapkan diri kita semua...
lafaz n niat amat penting...klu x, sia2 je kn ....
nindiaaa.....

lafaz n niat utk sebulan posa
“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala.”
Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala

lafaz n niat utk hari2 posa
“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


INFO ~>
WAKTU BERBUKA DAN IMSAK [PERAK ZON 2]
p/s : semoga ibadah puasaku diterima olehNya..amin.