mcm2

Friday, March 14, 2014

Wajah Keceriaan Hamba




Hidup aku senantiasa ceria dengan gelak tawa, nangis, lari sana sini, melompat toing toing, jeritan amukan, tunggangan kuda hitam, lontaran tanpa bayang, semakan maksima dan macam-macam lagi.....semuanya diporak-perandakan oleh dua hero-heroin ini....
itu semua tak mengapa, aku tetap suka lagi ceria walaupun tu kadang-kadang agak emo jugak.....hahahahaha....
tapi takpa...aku sukaaaa !!

oh, Auni Raudhah .... oh, Adlan Rais !

ayuh anak-anakku teruskan perjuanganmu,
ayuh banggakan ibubapamu,
ayuh ayuh dan ayuh lagi.

Jadilah anak yang soleh dan solehah, Insyaallah.

p/s : masih lagi taktau apa cerita dengan MH370...teruskan berdoa. Insyaallah, pasti ada jawapannya.

Tuesday, March 11, 2014

Ya Allah, bantulah MH370

Seluruh Malaysia dan pelusuk dunia dikejutkan dengan berita kehilangan MH370. Pelbagai persoalan yang timbul...
Apa yang berlaku?
Dimanakah MH370?
Adakah mereka masih selamat?

Hanya Allah saja yang tahu apa yang berlaku...kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan...

Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dimanakah MH370..Engkau selamatkanlah mereka..Sesungguhnya, redhaMu kemuncak impian kami...ameen.

boleh dikatakan setiap masa aku mengikuti perkembangan MH370 ni, aku sangat sedih dengan apa yang berlaku...tersentuh hati melihat apa yang telah berlaku....hanya doa yang mampu aku berikan...semoga diterima olehNya.

perjalanan hidup aku seperti biasa. tugas yang mencurah-curah..LINUS, PPG, dan macam-macam lagi.
Semoga aku diberikan kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan. Insyaallah.

p/s : dah lama tak update blog ni....rasa kesian plak kat there is no spoon ni !



Friday, January 3, 2014

2014

setelah sekian lama aku tak jenguk blog ni...tetiba terasa nak update sikit....sebenaqnya aku ni dah semakin malas nak tengok blog ni...tapi kesian la pulak kan...so, update pi la...

pertama sekali, aku nak bagitau yang aku dah kembali bekerja setelah hampir sebulan lebih sikit bercuti...hari ni adalah first day aku bekerja....still mencari mood yang hilang ntah ke mana....

kedua, aku dah tamat semester 6 PPG USM...nak tunggu masuk sem 7 pulak...kali ni, aku kena praktikal...kena LM a.k.a latihan mengajaq...bulan Mac nanti baru nak mula...so, malas aku nak ambik port lagi pasai semua tu....cuti dulu....bab exam haritu aku tawakkal ja...payah gila !

ketiga, bab family pulak...auni dah makin besaq, naluri seorang kakak dah mula nampak...rais pulak dah mula boleh berjalan...terkedek-kedek berjalan....habis satu rumah dia tawaf...gumbira hati melihat gelagat anak-anak....Alhamdulillah, syukur. wife aku dengaq cerita dapat tawaran buat post basic....tahniah la ye...selamat membuat assignment la ye.....good luck oh my wife ! hehehehe

keempat, tak tau nak taip apa dah.....so, cukop la setakat tu....lain kali pulak la update....bila tu tak tau la...

p/s : damai yang hilang....suci sekeping hati !


Sunday, November 17, 2013

Selamat Hari Lahir


Auni Raudhah ==> 9 November 2010
Adlan Rais ==> 17 November 2012

Selamat Hari Lahir anak-anakku. Ayah dan ibu sayang kamu !
muuuuaaaaaahhh !!

p/s : USM oh USM

Sunday, October 20, 2013

bengkok !

dah lama rasanya aku tak jenguk blog aku ni...dah macam zombie dah blog aku ni...bak kata pepatah "hidup segan, mati tak mahu" ! hahahahaha....sibuk la katakan, tu la punca utama aku dah lama tak update blog keramat ni (alasan lapuk)....

kali ni aku nak update pasai study USM aku...semester 6 dah bermula....subjek sem ni memang taff gila....serius aku tak dapat nak follow lagi apa yang lecturer dok terang dalam lecture....kadang-kadang tu stress la jugak sebab tak faham langsung apa yang lecturer dok terang kat depan.....frust gila !! dah macam orang b*** ja....oh, mengapa !

pointer semakin lama semakin menurun.....aku cuba bertahan lagi ni, sebab tinggal lagi 2 sem ja lagi nak habis...bila nak habis pon aku taktau....dah letih dah ni.....bekerja+study memang memerlukan dedikasi, disiplin dan komitmen yang tinggi...aku ni dah la kurang sikit bab-bab tu.....so, faham-faham ja la...sekarang ni tengah berperang dengan tugasan dan kuiz yang belambak-lambak....payah plak tu....adoi ! taktau la macamana nanti nak exam....baca pon tak masuk-masuk....Moga Allah permudahkan segala urusan study aku ni....Amin.

lagi satu, aku rasa tenang sikit sebab aku tak payah nak ambik MUET lagi...dulu dah ambik dan dah dapat band 3, Alhamdulillah....kalau dapat band 1, nak kena ambik lagi sekali......syarat nak setel degree kena ada MUET band 3....

ok, cukup setakat tu...relax dulu sat.

 klik untuk tumbesaran



klik untuk tumbesaran


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat Islam di seluruh dunia.

p/s : crooked !