mcm2

Showing posts with label sambung study. Show all posts
Showing posts with label sambung study. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Dok mai dah

klik untuk tumbesaran

Mode : Study
tak lama lagi dah mode seperti di atas akan kembali melanda diri aku ini. maka, akan bermula zaman keserabutan kepala otak ke tahap maksima....
aduh....sakit kepalaku...
tapi yang lawaknya bagi aku...jadual kuliah dah keluaq, result pulak yang tak keluaq-keluaq....tak ke haru nama dia tu...sepatutnya result la yang keluaq dulu...macam-macam la depa ni kan...
aku dok tengok kat fb, lecturer bagitau ada lebih kurang 42 orang student 'bungkuih' exam sem 1 hari tu...tudiaa, mula la aku dok risau semacam....tapi yang 'bungkuih' tu semua yang tak hantaq assignment dan yang sama waktu dengannya...kalau nak kira pada ayat tu, kiranya aku dah LULUS dah..sebab semua assignment aku hantaq...cuma tak tau la kualiti tu baguih ka dak...
Moga-moga aku selamat la hendaknya....
Insyaallah...

p/s : 15hb mula dah kuliah....aja aja fighting !

Saturday, June 25, 2011

Jadual, buku, exam

sila klik untuk tumbesaran

tudiaaa, habaq hampa...jadual exam PPG USM dah keluaq dah..tak lama dah ni..6 dan 7hb Julai 2011.
pi daaaah....haru weh !
buku, modul, nota, slide punyalah banyak...jenoh nak baca...nak mula mana satu pun taktau.
pejam celik pejam celik, dah habis dah sem 1...assignment pun dah setel semua...punya la belambak..naik serabut kepala hotak aku...tapi, alhamdulillah segalanya dapat diatasi dengan jayanya...syukur betoi..

Semoga Berjaya kepada aku, ucapan daripada aku..untuk aku !

p/s : lebih kurang 2 minggu saja lagi ni...cool beb.

Thursday, April 7, 2011

jadual belajar

apa habaq semua?
sihat la kot kan....
kali ni aku nak update pasai 'study' USM ...
jadual dah keluar..aku baru lepas tengok kat sini
minggu depan dah nak mula...tudiaaa, macamana la nanti...aku pon tak tau nak jadi lagu mana..
untuk semester 1 ni, aku kena pi USM, Penang sebanyak 5 kali...
1- 16 April 2011
2- 30 April 2011
3- 7 Mei 2011
4- 21 Mei 2011
5- 18 Jun 2011
6- 6 dan 7 Julai 2011 [exam wehh...pi daahh]

klik untuk tumbesaran

Semoga aku dapat menghadapi satu cabaran dan dugaan baru dalam hidup ini, Insyaallah.

p/s : tudiaa..serabut assignment dengan exam dok mai dah..punggaaaah !

Wednesday, March 30, 2011

berita sensasi

dah lama rasanya aku tak update pasai aku punya study...ala yang aku pi daftar kat USM hari tu..pasti hampa tertanya-tanya kan...kalau tak tertanya pon takpa...
haaaa, takpa...kali ni aku nak bagitau kat hampa semua...
aku dok tengok geng2 yang dapat UPSI pakat dok kalut cerita itu cerita ini..pasai depa semua dah nak start first kelas...2 dan 2 april nih...geng2 OUM plak dah start dah pon minggu lepas...
so, yang tinggal hanyalah geng2 USM...bila nak start kelas pon tak tau...takdak langsung kabaq berita..
aku pon apa lagi..'rodek-rodek' la kat tenet ni...gugel sana gugel sini...
last2 aku dapat info nih....

tengok date tuh..baru lagi nih !

kat dalam ni ada info yang mengatakan kelas USM mybe start 16.04.2011....tudiaaa, lambat lagi nun...boleh la aku joli katak lagi...haha
bagi aku info ni memang boleh pakai la pasaipa info ni aku cilok dari blog bakal lecturer aku nanti...Dr. Azidah nama dia...masa aku daftar hari tu, dia ada bagi taklimat ringkas pasai MOODLE tuh...so, aku cam la bila tengok gambaq kat dalam blog ni...lagipon, dia dok reply komen orang dok tanya pasai PPG USM nih...kiranya maklumat ni sah la jugak kan walaupon belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak USM...
apa-apa pon, sama2 la kita tunggu 04.04.2011 ni...time ni baru la dapat tau info yang lengkap pasai PPG USM ni...
tunggu.....

p/s : borang 'kuning' tak setel lagi...habok pon tak buat lagi ni...

Sunday, March 20, 2011

secara rasmi..

bermula 19hb Mac 2011, maka bermula episod baru dalam hidupku..episod kali ini lebih mencabar dan penoh liku-liku ....aku sudah terasa bahangnya walaupon baru sebelah kaki menjejaknya...ternyata bebanan yang teramat berat malahan memerlukan pengorbanan yang tinggi...aku akan cuba sedaya upaya demi mencapai cita-citaku ini...
kini, aku kembali bergelar seorang 'pelajar' yang dahagakan ilmu [dahaga ka?!] konpiuz aku !
semalam, aku telah melangkah ke pulau pinang ataupon lebih tepat aku telah menjejakkan kaki ke USM buat pertama kalinya sebagai pelajar...ia merupakan hari pendaftaran aku sebagai pelajar di institusi tersebut...setelah hampir 2jam aku beratur...akhirnya aku selesai mendaftarkan diri di sana...pelbagai gelagat yang aku lihat ketika itu, ada yang gembira dapat bertemu dengan rakan2 lama, ada jugak yang keseorangan menanti giliran...pelbagai mimik muka juga dapat aku lihat di setiap wajah mereka bagaikan sedang memikirkan sesuatu yang amat perit dan pahit...kemudian, aku telah dikehendaki mengikuti taklimat berkaitan dengan pengajian yang bakal aku tempuhi nanti...ternyata amat memerlukan komitmen dan keinginan yang tinggi dari diri sendiri...atau lebih tepat skali pengajian kali ini menuntut kemahuan diri sendiri...sudah tiada lagi ungkapan 'ada orang tolong suap'....
perjuangan aku ini akan berlarutan sehingga 4tahun lamanya...moga2 aku dapat menamatkan perjalanan ini dengan baik...insyaallah...
sekarang ini, pelbagai reaksi yang bermain di fikiran, jiwa dan ragaku ini....ntahlah macamana nanti....

p/s : kerisauan mula melanda diri aku ini ..

Wednesday, March 16, 2011

mode : pelajar


klik utk tumbesaran

Alhamdulillah....aku akhirnya telah diterima menjadi pelajar kembali...setelah hampir 7 tahun aku bekerja...destinasi kali ini, USM Penang...yg mana aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sana...hati ini bercampur baur segala macam perasaan..gembira, serabut, sedih, kecewa, bersyukur dan macam2 lagi la...aku dikehendaki melaporkan diri pada 19hb Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu yg akan datang ini..program yg aku mintak pengajian matematik...sebab dari time maktab lg aku mmg ambil matematik...cuma sekarang ini, apa yg merisaukan aku adalah ramai jugak member2 aku bagitau yg silibus USM ni payah sikit...tudiaaaa....jenoh la aku nanti...dah la otak ni berkarat lama dah dengan bab2 nak study nih...semoga aku dapat menjadi pelajar yg baek....
so, tugas pada ketika ini adalah menyiapkan segala dokumen yg diperlukan untuk dibawa semasa pendaftaran nanti...banyak jugak la dokumen2 yg depa mau...itu la ini la....payah weh nk jadi student pon...'renyah' wooo....

p/s : nak p pejabat pos plak nih...kiriman wang oh kiriman wang !

Friday, March 11, 2011

cuti kembali

hari ini hari jumaat...dat mean, hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti selama seminggu....tapi cuti kali ini, aku tak rasa excited langsung pon...ni semua gara-gara keja yang dok menunggu dan bertimbun2...aku pon tak tau yang mana 1 aku nak mula dulu...terlampau membebankan aku...dari segi mental dan fizikal...
aku nak rest pon tak boleh...orang lain kalau cuti relax ja, aku ni plak cuti dok pikiaq pasai keja...aku pon xjamin la aku boleh buat ke tak keja yang diberikan tuh...aku akan buat mana yang termampu dah la...nak kena marah pon kena la...aku dah tak kesah dah...LINUS la, PBS la[yang ni paling aku tensen skali..banyak gila], mastercopy soalan exam la...macam2 la...serabut aku...aku rasa sekarang ni keja cikgu dah terlalu membebankan...tak macam aku mula2 posting dulu...takdak la keja menimbun macam la nih...awat tak tau ?!
haaa...lagi satu, aku dah dapat tawaran sambung study...kt USM ....mybe penang ...takkan la depa nak bagi kat aku kota bharu kot...jaoh tuh...penang tu pon dah jaoh dah dari ipoh nih...2 jam lebeh gak la baru nak sampai...sekarang ni aku dok tunggu surat rasmi dari pihak USM yang mana depa akan hantaq surat tu kat sekolah .....tak tau la bila nak dapat surat tuh...mybe minggu depan la kot...pasai 19hb ni aku dah nak kena daftar dh....
masok bab nak study nih, aku sendiri pon tak berapa nak sure sama ada otak aku ni boleh study ke tak...besa la, dah lama dah kot otak aku ni tak disumbat dengan nota2, assignment, exam, test etc...adoi....macamana la nanti....fuuh....takot aku !
dah berkarat ni weh...takot nya !!
apa2 pon...aku nak ucapkan SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK dan jugak anak2 murid....

p/s : hati aku tak tenang la ....awat tak tau...huhu

Tuesday, March 8, 2011

jauhnya !

klik utk tumbesaran

Info terkini
segala persoalan mengenai PPG aku hampir terjawab...setelah dimaklumkan oleh sahabat aku mengenai list yg telah dikeluarkan ni, aku pon dengan pantasnya menyemak nama aku kalau2 ada...dan akhirnya nama aku ada dalam list usm...usm mana xtau lg...tp aku harap usm penang la kn...xkan la depa nk bagi kota bharu nun...xpon kuching....mmg sah la aku tolak kalau depa hantaq aku p sana...yg usm penang ni pon aku dh rasa jaoh dh ...dr ipoh tuh...jenoh gak la...
setelah diteliti, mode study adalah pjj...maknanya hujung minggu aku kena turun penang la...adoi...letih weh...
aku dok harap sangat dapat maktab ipoh...pasai mode study dia kdc...lagi satu dekat dengan rumah aku ni...xgadoh la nak pening sgt pasai perjalanan tuh...ni penang nun...tudiaaaa...jaoh kot...hmm....aku pon pening pikiaq...lagipon, otak aku ni dah berkarat lama dh ...macamana la kalau study nnti...boleh ka dak ?
sekarang ni, kena tunggu surat rasmi tawaran dari pihak usm...depa akan hantaq ke sekolah masing2...daftar plak 19hb Mac 2011....sabtu yang akan datang...sabtu nak abeh cuti tu....

Ya Allah...Engkau tenangkanlah fikiranku ini...Engkau permudahkanlah segala urusanku ini....
Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan ini...
Insyaallah...

p/s : mampukah aku ?

Tuesday, February 22, 2011

keputusan dibuat

merujuk kepada perasaan keliru yang lalu, aku telah pun membuat keputusan.
So, jawapan aku adalah YA...aku berterima kasih kepada semua kawan yang tak henti-henti memberi pandangan dan komen kat aku berkaitan dengan kekeliruan ni kat fesbuk dan sms....
tanpa anda, pasti aku sampai sekarang xleh nak buat keputusan lagi...
banyak kesan yg tak elok untuk aku kalau pilih TIDAK ...
1- Nama aku nanti kompom kena 'blacklist' dengan KPM...
2- Nama aku saheh kena 'banned' 4-5 tahun kalau nak apply balik...susah aku nanti...
Oleh itu, lebih baik aku terima...pasal ilmu ni belajaq sampai ke tua pon xhabis...elok aku sambung...kalau tak sambung sekarang ni, nanti2 aku kena sambung gak kan...betoi x?
umoq pon semakin meningkat, otak pon semakin berkarat....elok la aku sambung 'tera' umoq dok 'muda' lagi ni.... lagipon, ramai member2 aku yang dapat sambung....nanti boleh la 'paw' assignment depa...haha....'jimat' tuuuu.....
Semangat belajaq datanglaaaaah kepadaku !
Semoga aku tabah menghadapi cabaran baru ini...
Insyaallah...

p/s : time cuti sekolah merupakan time untuk aku 'perah' otak aku sampai lebam. sekian.

Monday, February 21, 2011

keliru

klik utk tumbesaran

YA atau TIDAK ?
aku memerlukan bantuan daripada anda semua....

p/s : klu tak terima, agak2 kena 'blacklist' x?