mcm2

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Besar periuk, besarlah keraknya !

Assalamualaikum dan selamat pagi...
sekarang jam menunjukkan pukul 1:38am bersamaan dengan 19 Ogos 2011 hari Jumaat..mataku masih lagi cerah bak cuaca siang tadi..

walaupun sebentar tadi sempat melelapkan mata buat seketika...namun, keaktifan auni membuatkan lenaku terhenti...lantas mengepungnya yang ke sana ke sini...haha
auni oh auni...lewat sungguh menidurkan diri malam ni...sehingga terpaksa menggunakan teknik 'kegelapan' untuk melenakan auni...Alhamdulillah, teknik itu nyata sekali berhasil...
tahniah kepada wifeku yang sudah mabuk kemengantukan..
ok, itu adalah intro untuk anda semua. update serba sedikit mengenai aktiviti auni.

kalau hampa tengok pada tajuk aku kali agak ke arah perbincangan ilmiah sikit kan....ya dak?
bukan apa, tetiba saja aku rasa macam nak luahkan apa yang terpendam dalam hati aku ni...

besaq periuk, besaqlah keraknya...betoi dak?...aku rasa memang betoi la statement ni..
aku nak cerita sikit la pasai diri aku sendiri..takmau sentuh atau sabitkan orang lain dalam hal ni..sebagai kakitangan kerajaan, baru-baru ni kan telah dikhabarkan dengan berita yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga...tak lain tak bukan BONUS la...apa lagi...
setengah bulan gaji untuk bantuan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba...
Alhamdulillah, aku pun dapat la merasa bonus tu...tapi, dengan sekelip mata saja..cerah habis...haha
mana pi pun aku taktau...nak kata beli itu beli ini, takdak la sangat...sikit-sikit saja...sama macam tahun-tahun lepaih..beli mana nak guna saja...takdak la kata nak bergaya sakan...bagi aku dan jugak prinsip hidup aku...selagi boleh guna, selagi tu lah aku guna....
ada orang dok kata yang aku ni kuda la, sep la, itu la ini la....kata pi la...aku nak heran apa kan..aku tau kemampuan aku setakat mana....kalau aku mampu, pasti aku dapatkan...kalau tak, aku berangan ja la...haha
maksud aku kat sini, bila kita dapat banyak..maka yang nak habiskan jugak akan banyak...ya dak?! itu bagi aku la...kot bagi hampa lain ...lain la...
kekadang tu, pernah jugak la jadi kat aku sampai tak boleh nak bernafas la...sesak nafas tak ingat punya...hanya Allah saja yang tau time tu...kawan-kawan? entah la ke mana hilangnya...
keluarga? aku ni pattern susah nak libatkan keluarga dalam masalah aku...so, aku hanya diamkan diri selagi mampu...dan cuba sedaya upaya untuk mengatasinya....
itu sebab la, kita ni kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan dapat...jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih...dah dapat banyak, nak banyak lagi...haaaa, nanti mula lah jadi macam-macam....Allah nak tunjuk kat kita ni senang saja...

oleh itu, kita kena sentiasa beringat...berwaspada...bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku...

macam la dengan "besaq periuk, besaq la lagi keraknya"

sama-sama la kita renung bersama...walaupun, kekadang tu kita sendiri pun tak akan faham ....
Semoga Allah memberkati kita semua...Insyaallah.

p/s : dunia....dunia jugak...akhirat jangan lupa nooohhh !

Saturday, February 12, 2011

Ya Rabbi

Intro (V.O)
Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita
Ya Allah...

Verse 1
Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..

*Pre-chorus
Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus
Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2
Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

*Pre-chorus
Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus
Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Bridge
Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

**Chorus
Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Outtro (V.O)
Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..

lagu ni amat syahdu...dengan gaya penyampaian yg lebih kontemporari....
boleh try donlod kalau nak....

p/s : "kadangkala kita lupa...kadangkala kita leka...kadangkala kita buta....Dia memerhatikan kita !"

Thursday, February 10, 2011

Ketenangan Jiwa

Renungan kita bersama...

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28

Maksudnya : ” Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati. “

Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram kerana selalu mengingati Allah diwaktu ditimpa malapetaka. Mereka ingat kepada Allah dan cepat insaf dan memeriksa kekhilafannya agar dapat diubahnya dimasa akan datang. Oleh sebab itu hilanglah dukacitanya berganti dengan gembira dan mengharapkan kurniaan Allah. Begitu juga jika mereka mendapat anugerah (nikmat), mereka tidak sombong, malahan mengucapkan terima kasih kepada Allah. Sebab itu hati orang-orang yang beriman itu senang dan tenteram baik diwaktu susah ataupun gembira. Kesenangan hati itu ialah kebahagiaan yang sebenarnya. Sebab itu dalam Islam amat dipentingkan sekali menegakkan sembahyang lima kali sehari semalam kerana dalam sembahyang itulah kita mengingati Allah dan membersihkan jiwa. Nabi mengatakan bahawa sembahyang itu tempat ketenangan jiwanya dan kesenangan hatinya. Oleh yang demikian senanglah hati menghadapi segala kemungkinan dan kesulitan dalam masyarakat hidup di dunia ini.

p/s : jika hati kita itu tidak tenang, maka itu adalah satu bala yg diturunkan oleh Allah...ingatlah !