mcm2

Showing posts with label lawak2. Show all posts
Showing posts with label lawak2. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

tiada sudah !

selamat hari Ahad yang indah buat tatapan anda semua.

hari ini, kehidupan saya dalam mode : mute !
ini semua berlaku selepas beberapa kejadian semalam...yang kebanyakannya berunsur 'lawak pening'. Semalam saya sekali lagi ke USM, Penang demi sesuap ilmu. tudiaaaaa, dah macam sesuap nasi dah saya baca. hentam saja labu. Saya bergerak ke Penang dari Ipoh seramai 4 orang. So, pergerakan kami bermula seawal jam 530am yang mana saya bertindak selaku pemandu merangkap 'driver' yang berhemah. Pergerakan kami berjalan lancar. Lebih kurang jam 640am, kami berhenti seketika di RnR Bukit Gantang untuk solat dan pengurusan diri seperti kin-ching, bey-rok dan macam-macam lagi. ekekekeke.....time ni, saya punya peti suara pon dah tak berapa nak ok dah. dah persis Ramli Sirap dah yakni sepupu menakan kepada Ramli Sarip. Memang rock parang la time ni kalau anda semua dengar suara saya. fuh, memikat kalbu. Nak dijadikan cerita 'lawak', betoi-betoi kat Tol Juru...time nak bayar tol, tiket plak boleh hilang. Adoi ! Habis riuh rendah dalam kereta pakat kalut dok cari tiket mana?!..kelam kabut dok cari seluruh kereta, siap tarik 'handbrake' terus..haha...amat lawak keadaan pada ketika itu..hanya orang terlibat saja akan memahaminya. Akhirnya, masalah itu dapat diselesaikan kerana tiket terselit kat tepi seat. jem betoi !
Pukul 805am, kami sampai dengan selamatnya di USM, Penang. Alhamdullilah..tapi yang tak bestnya, perut saya pada ketika bergelora bak mesin basuh yang sedang berfungsi yang mana bunyi-bunyian yang terhasil amat menggerunkan. Ini menandakan betapa laparnya saya pada ketika itu. So, kuliah saya sampai malam iaitu pukul 745pm. Lamakan? Itulah pengorbanan seorang pelajar 'tua' demi mendapatkan sesuap ilmu dan segulung ijazah. Amat memeritkan..haha..
Pada ketika nak balik ipoh, peti suara saya tak dapat berfungsi terus. Saya menjadi bahan jenaka kepada rakan-rakan sekuliah.haha...syok hampa nooh mengata saya! nak nyanyi lagu "Seasons In The Sun" pon tak dapat.suara tak keluar langsung.

fuh, perjalanan kehidupana semalam merupakan pengalaman yang amat menarik bagi saya..pasti saya tak dapat melupakannya..
mana la diary saya ini...nak tulis dalam tuh...haha
Mode hari ni MUTE..just bahasa isyarat saja. kesian kan?!

p/s : sakit gusi still mengganas..ditambahkan lagi dengan batuk sehingga tiada suara..mantap. full-package yang hebat ! ubat oh ubat.

Thursday, February 24, 2011

Kelaziman Drama Kita

ekekeke...aku minat gila mamat ni punya video...banyak video dia buat...pasai ucapan raya la, jiran la etc...
lawak gila...idea dia mmg A la..xberhenti aku gelak sbb gaya penyampaian dia mmg terbaek !
part dato' mmg xbleh blah...sakai gila...hehe
then part cinta terhalang awek dia mmg cun la....last skali part hantu...yg ni mmg aku xleh tahan gelak dgn ayat dia..."tak payah cakap, aku tau mesti ang nk pedajai org punya !"

terbaek la anda ! semoga SUCCESS slalo....

p/s : orang Utagha mmg sempoi !

Sunday, March 28, 2010

layan gak yg nih...



aku kebuhsanan....
dan dlm keadaan itu, aku pon tgk youtube la..
tgk video clip yg lawak2 n bengong2...
last2 aku jumpe yg nih....mmg lawak...byk gak la video dr dorg nih...
aku post 1 drp lagu dorg nih...wlupon aku xpaham tp lagu ni guna cover System Of Down...Chop Suey...

p/s : dorg ni dr Filipina....Moymoy Palaboy...